Semangat juang para pemimpin semua bangsa mestilah cara berhemah dengan mencontohi pemimpin pemimpin terdahulu yang telah terbukti menyerlah kempimpinannya dimata rakyat. Bukan menjadi para pemimpin yang popular dimedia tetapi di mata masyarakat mereka dicemuh. Jika ini sering berlaku,bagaimana akar umbi ingin menanam semangat juang pada pelapis pelapis akan datang.Jika para pemimpin hanya tahu bercakap tak banyak berkerja Jika tak ingin dilukai.... janganlah melukai hati mereka Jika ingin disokong.....sokonganlah perjuangan mereka
Para Blogger Yang Budiman Anda boleh Komen Secara Berhemah Diblog ini

Monday, December 7, 2009

KES PERARAKAN KEPALA LEMBU..12 OKT HADIR

Antara babak menarik dalam insiden perarakan
Tak sangka begitu ramai yang hadir memberi sokongan pada 12 OKT kes perarakan kepala lembu yang menggegarkan negara seketika dulu

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini penuh dengan kehadiran rakan taulan yang hadir memberi sokongan moral terhadap 12 Okt dalam insiden perarakan  yang menimbulkan rasa tidak puas hati kaum India Negara ini satu ketika dulu.Hakim yang menggedali .Hasni binti Hasan menetapkan tarik pembicaraan pada 12 hingga 16 April 2010 tahun hadapan .Keduabelas orang kena tuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan


Enam diantara mereka menghadapi dua tuduhan - menghasut dan menyertai perhimpunan haram dan didakwa bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau tuduhan alternative bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana “menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu juga dengan sengaja lukakan perasaan penganut Hindu

Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.

Enam orang lagi juga didakwa kerana menyertai perhimpunana haram mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967






Antara yang didakwa dibawah seksyen27(5)(a) Akta Polis 1967 ,ialah Jainudin @ Zainudin Md Yusuff, 67; Mohd Jurit Ramli, 39; Mohammad Nordin Zakaria, 63; Jamil Mohamad Isa, 40; Rahimuddin Md Harun, 39, dan Azhari Shaari, 39.
Hari ini,keduabelas mereka diwakili peguam Hashim Ibrahim,timbalan pendakwaraya Datuk Razali Che Ani.


No comments:

Parti


Puteri