Semangat juang para pemimpin semua bangsa mestilah cara berhemah dengan mencontohi pemimpin pemimpin terdahulu yang telah terbukti menyerlah kempimpinannya dimata rakyat. Bukan menjadi para pemimpin yang popular dimedia tetapi di mata masyarakat mereka dicemuh. Jika ini sering berlaku,bagaimana akar umbi ingin menanam semangat juang pada pelapis pelapis akan datang.Jika para pemimpin hanya tahu bercakap tak banyak berkerja Jika tak ingin dilukai.... janganlah melukai hati mereka Jika ingin disokong.....sokonganlah perjuangan mereka
Para Blogger Yang Budiman Anda boleh Komen Secara Berhemah Diblog ini

Friday, December 4, 2009

Demi kuasa atau Agama



Jika dilihat dari sudut dakwah ia kesan seruan kalimah kebaikan yang diseru oleh para pendakwah yang aktif menjalankan syiar Islam dibumi ini

Persoalan pokok yang harus menjadi tanda tanya setiap umat Islam di Malaysia jika terlihat video tube ini,Adakah cara ini adalah satu dakwah atau cara mencari sokongan

Bagi yang bukan Islam mungkin ia satu helah untuk mendapat sokongan , bukan untuk mendekati Islam
Bagi yang Islam inilah peluang terbaik untuk menggebangkan syi`ar pancaran nur Tuhan dengan niat hidayah itu hak Allah dan Allah berhak memberi kepada sesiapa yang Dia suka

Soal arak,judi,perempuan,lain lain maksiat kadang kala penganut islam pun hebat ,Sangup berhabis wang ringgit,malah ada isteri berhutang untuk mendapat setin susu untuk diberi pada anak-anaknya kerana suami lagha dengan larangan tuhan

Dari sudut politik pula..semacam ada rancangan tertentu yang dimahu oleh para DAP .kerana merekalah yang sanggup menentang jika Malaysia di istihar sebuah negara islam.Sejauh mana orang-orang politik bertaraf ulamak memberi penjelasan kepada mereka,sedangkan merekalah yang menghina dan memijak gambar-gambar bangsa melayu Islam

Kenapa ia boleh terjadi..Lemah lembutnya Islam ini telah dapat dihidu oleh para kufar yang kian hari kian menjadi api sekam dan duri dalam dagin umat Islam


Jika para rahib yahudi mengakui mereka mengenal al-Quran sebagaimana mereka mengenal anaknya.tak mustahil disisi tuhan,bahawa rencana mereka untuk menawan melayu Islam dengan cara begitu

Sikap musuh dalam selimut sememangnya sukar dikesan baik dari kufar juga Islam.melainkan sudah haru biru barulah pecah Tempayang- tempayang busuk 

No comments:

Parti


Puteri