Semangat juang para pemimpin semua bangsa mestilah cara berhemah dengan mencontohi pemimpin pemimpin terdahulu yang telah terbukti menyerlah kempimpinannya dimata rakyat. Bukan menjadi para pemimpin yang popular dimedia tetapi di mata masyarakat mereka dicemuh. Jika ini sering berlaku,bagaimana akar umbi ingin menanam semangat juang pada pelapis pelapis akan datang.Jika para pemimpin hanya tahu bercakap tak banyak berkerja Jika tak ingin dilukai.... janganlah melukai hati mereka Jika ingin disokong.....sokonganlah perjuangan mereka
Para Blogger Yang Budiman Anda boleh Komen Secara Berhemah Diblog ini

Saturday, October 24, 2009

UMNO DOK SIBUK DENGAN MASALAH PARTI LAIN

Masalah kepimpinan Pas serius



MUAR - Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar parti itu mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan mereka menghadapi masalah kepimpinan serius.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia jelas menunjukkan pertembungan pendapat antara pemimpin parti pembangkang itu.

Muhyiddin berkata, secara zahirnya Pas nampak bersatu tetapi sebenarnya ia tidak, memandangkan terdapat kumpulan di dalamnya yang bersetuju dan yang tidak dengan cadangan Kerajaan Perpaduan di antara parti itu dengan UMNO.

“Pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang baru-baru ini, masyarakat tahu keadaan sebenar mereka (Pas) tidak sepakat kerana di dalam parti itu terdapat banyak masalah,” katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan di sini, semalam.

Dalam blognya http://www.blogtokguru.com, Nik Aziz mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar ‘dua tiga kerat’ pemimpin Pas yang bermasalah.

Nik Aziz turut menamakan tiga pemimpin bermasalah yang perlu ‘dibersihkan’ iaitu Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Muhyiddin berkata, UMNO sebagaimana diperkatakan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini, memandang serius isu perpaduan ummah di kalangan umat Islam negara ini.

Bagaimanapun, katanya, banyak pihak dalam Pas memandang sepi usaha UMNO untuk mengukuhkan perpaduan dalam umat Islam menerusi cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di antara kedua-dua parti berkenaan.

Beliau turut menafikan pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, kelmarin 'kurang terperinci'.

"Bajet 2010 itu membabitkan pelbagai golongan dan kaum.

"Semua golongan dan kumpulan sama ada dalam dan luar bandar menerima faedah daripada Bajet 2010 semalam, tidak ada golongan yang terpinggir. Semuanya disentuh oleh Perdana Menteri,” katanya. - Bernama

Sedarkah TPM ,,Bahawa UMNO sendiri pun masih banyak malah lebih besar dari masalah pas yang dicanang oleh orang orang UMNO sampai keakar umbi.Sedangkan pemimpin UMNO peringkat cawangan sedang tidur nyeyak berkelambu dengan tilam empok,Sikap ini dilihat seumpama penoreh getah takut Nyamok "hasilnya mahu,getah pula nak harga tinggi"begitulah sikap ketua pemuda peringkat cawangan,malah dengan ketua cawanganpun ikut serta dalam kelambu yang sama

Tak aktif atau malas tapi suka merancang namun  tidak buat adalah satu pekara yang berdarah daging dalam diri mereka,` dan dicampur pula kedekut beruk juga adalah sikap yang ada pada sesetengah pemimpin pemuda,malah menular pada wanita,puteri.

UMNO harus berubah jika pemimpinnya mahu berubah,setakat ini nampak perubahan hanya dibibir tapi darisegi gerak kerja hampas terong masam.apakah kejadahnya cakap tak supe bikin

Jika diShah Alam ketua pemudanya seumpama kukur kelapa"sekali kukur sekali berbunyi" anak anak buahnya bagaimana.jika tak samapun dah tentu hampir hampir serupa manakala timbalan ketu pemuda pula hilang tak berkubur jika ada pun bayang bayangnya sahaja,agaknya dah jadi hantu ke?

Jika ditanya,,boleh kah selangor menang?..jawap mereka !!kita mesti menang,UMNO mesti merampas selangor..Aku jawap..butuhlah..memang layak aku butuh mereka mereka ini

Bagaiman dengan ketua pemuda negeri..asyik muka kat surat khabar..Tetapi lembu lembu bawahan tak kenal pun siapa dia

Jadi siapa yang kena jaga siapa? Ketua jaga penggikut atau penggikut jaga ketua,,Jika penggikut nak jaga ketua..
Aku jamin semua penggikut akan lari bersama tali talinya kepadang lain..tak percaya ?
lIHAT LAH SENDIRI JIKA ADA MATA.FIKIRLAH SENDIRI, JIKA ADA OTAK

Apa yang aku lihat UMNO selangor hanya MENUNGGU BOLA CANTIK DARI PIHAK LAWAN untuk menendangnya,,tetapi sampai bila dan bukalah mata tu

Dengan bajet yang baru diumumkan,sibuk pula dengan profile-profile syarikat kehulu kehilir untuk membuncit perut sendiri,bukan nak bantu pemimpin bawahan yang sarat dengan beban busuk yang menular kejiran tentangga

Kesian pada sesetengah pemimpin yang tidak berjawatan tinggi sanggup bermandi hujan mengadakan program-program kemasyarakatan,ceramah umum.kumpul anak anak muda dengan duit sendiri,jika ada bantuanpun tidaklah seberapa,Namun ketua ketua mereka datang senyum kerana dapat nama ,Sikap ini dilihat berjalan diatas mata parang,bila bila masa saja boleh terluka

Jadi aku sebagai teropong hendap ini,akan hentam UMNO sampai bila bila masapun jika orangnya tak berubah

Dengar khabarnya dah ada dari beberapa pemuda Shah Alam telah mula main catur untuk menganti ketua pemuda yang akan habis tempoh tak lama lagi ..Hal ini patut dipacung dari awal...pemilihan kali ini biarlah perwakilan yang menentukan

Aku harap tidak pengaruh sangat dengan sampul yang diulooor nanti.kerana dikau orang jugalah melalak itu tak betul, itu tak kena..dan aku nak tanya?? siapa yang pilih..sikap ini akulihat seperti Anjing menyalak bukit..bukit tak runtuh ,tetapi kau orang yang kena butuh

Banyak lagi aku nak cerita

No comments:

Parti


Puteri